Tuesday 27 November 2012

Apakah Maksud Iftar Ramadhan,Moreh,Param,Tamar,Yang Yok

Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan

Iftar
Iftar Ramadhan bermaksud makan untuk berbuka puasa, iaitu apabila terbenamnya matahari pada bulan Ramadhan. Orang Melayu panggil berbuka puasa. Iftar Ramadhan pun sama juga dengan berbuka puasa.

Tamar
Tamar bermaksud buah kurma. Tamar juga nama seorang penulis novel seram terkenal iaitu Tamar Jalis. Kurma Jalis kurang sedap didengar. Tamar Jalis kelihatan lebih kacak.

PaRam

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

Yang Yok
"Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Maksudnya puasa olok-olok. Punca utama adalah disebabkan lupa bersahur.

Moreh

Moreh adalah jamuan makan yang biasanya diadakan selepas solat terawih berjemaah pada bulan Ramadhan. Makanannya pun biasanya sedap-sedap.

18 comments:

  1. Replies
    1. Asal usul dari perkataan tamil. India muslim menggelarnya 'morreh' yang juga bermaksud pihak siapa yg belanja. Contoh "malam ni moreh atas nama pakcik ibrahim".sekian

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Moreh bahasa melayu ,
    moreh (moréh) : jamuan di masjid atau surau dlm bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus. sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm bahasa Melayu? Ada dalam kamus dewan bahasa dan pustaka?

      Delete
    2. kalaw x dak bleh tambah.

      Delete
  3. orang sabah ada perkataan untuk berbuka puasa ni..iaitu "sungkai".. :)

    ReplyDelete
  4. Moreh asalnya adalah bahaea jawa bermaksud potluck dulu2 org jawa bila pergi sembahyang terawikh selalu bawa potluck dan makam bersama2 lepas terawih. Bukan waktu terawikh pun org jawa bila gotong royong dan sebagainya selalu buat moreh. Moreh maknanya masing2 bawa makanan dan makan bersama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau moreh tu bahasa jawa, maka bahasa asal terbitnya istilah Ramadan apa ye bg perkataan moreh?

      Delete
    2. Adakah Ramadan, iftar, imsak, tadarus dan qiyamullail juga berasal drpd bahasa jawa?

      Delete
    3. Saya rasa moreh maksudnya berehat2,bersenang²,selesa2 ,relaxing.. (selepas berpenat² tarawih) kata pinjaman dari bahasa arab ٌمُرِيح selesa,comfortable.. غير مريح tak selesa...dan sebutan jadi moreh tu disebabkan ia banyak diguna pakai atau famous disebut oleh org jawa yg satu masa dulu antara suku bangsa yg kuat pegangan amalan agama.b

      Delete
    4. Perkataan bahasa melayu banyak kata pinjaman dari bahasa arab sbb sejak zaman awal² islam sampai. Maharaja kita suka berdamping dgn ulama2..dan bahasa2 kitab dlm bahasa arab tu telah diambil digunakan sbg bahasa melayu. Ramadhan رمضان ، iftar افطار ،imsak امساك ،tadarus تدارس، semua ni kata pinjaman daripada bahasa arab.

      Delete
  5. ouhh.. barulah aku tahu makna moreh... 😁 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah aku pun,di bulan Ramadhan baru cari maksud moreh

      Delete
  6. terhibur dgn part Tamar Jalis tu🤭

    ReplyDelete