Sunday, 25 November 2012

Apakah Itu Unit Piawai? Maksud Unit Piawai

Apakah Itu Unit Piawai? Apa Maksud Unit Piawai?
Apakah maksud standard atau piawai dalam kehidupan ini?


Maksud perkataan standard atau piawai ialah:

Ukuran, darjat, biasa, lazim, mutu. Unit Piawai bermaksud unit yang biasa digunakan di dunia ini oleh semua pihak. Ini memudahkan sebarang komunikasi, penterjemahan atau pelaporan bagi satu-satu perkara. Unit Piawai adalah unit yang telah ditetapkan ukurannya untuk kegunaan semua atau sedunia.

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).

Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.

Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

18 comments:

  1. Ia sangat membantu dengan projek saya , Allhamdullilah,AMIN

    ReplyDelete
  2. Terima kasih admin.. Ia sangat membantu utk PBS Sains saya. Terima kasih sekali lagi :D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. boleh says tanya ,siapakah yang memperkenalkan unit piawai??? fast fast

    ReplyDelete
  5. dah boleh buad band...thank you very much...^_^

    ReplyDelete
  6. boleh says tanya ,siapakah yang memperkenalkan unit piawai? dan bilakah unit piawai mula diperkenalkan ?

    ReplyDelete
  7. ini dyea punya objektif kan ! please ! faster !

    ReplyDelete
  8. ia sgt membntu sya utk membuat pbs :)

    ReplyDelete