Thursday, 29 November 2012

Apakah maksud klon? Maksud Klon? Klon Itu Apa?

Apakah maksud klon? Maksud Klon? Klon Itu Apa? Apakah Pengklonan Manusia? Apakah Komputer Klon?

DEFINISI PENGKLONAN
Maksud perkataan klon adalah dalam bahasa Inggeris adalah clone iaitu proses yang salinan asal yang sama seperti hidupan yang asal.

Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuh-tumbuhan dapat bertumbuh daripada bahagian-bahagian tumbuhan terutamanya runners melalui pelbagai cara ‘cuttage’, ‘grafting’, dan mound layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada tumbuhan yang bermutu tinggi.

Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang baru kerana pengklonan organisma telah dilakukan sejak dahulu dimana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya.

Perkataan ‘CLON’ berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan ia akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu.

Klon yang dihasilkan merupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya (*bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat  genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru.

Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti dan secara banyak.

Mengikut sebuah ensikopedia yang berjudul ‘The New Book of Knowledge’ mengatakan bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran ‘Dolly’, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri-biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini.

Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukkan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu, dan dikenali sebagai vektor pengklonan.

Sifat-sifat Vektor Pengklonan :-
(a)Selapas menerima DNA asing, masih boleh meneruskan rantai hidup.
(b)Membolehkan sel bacteria @ sel yis yang mengandungi DNA asing dibezakan daripada sel-sel tanpa DNA asing.

Jenis-jenis Vektor Pengklonan :-
(a)Plasmid
(b)Bacteriophage
(c)Cosmid
(d)Kromosom yis tiruan (Yeast  Artificial Chromosomes , YACs)
(e)Kromosom bacteria tiruan (bacterial Artificial Chromosomes, BACs)

Walaupun organisma yang terhasil daripada pengklonan dikatakan serba serupa dengan induknya, tetapi apabila berlakunya mutasi gen atau pembahagian sel yang tidak sama, ini akan menyebabkan kandungan gen sel-sel anak akan berubah lalu menimbulkan perbezaan antara ciri-ciri sel anak dengan induknya.


Apa Maksud Komputer Berjenama dan Komputer Klon

Apa itu klon?
Klon (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa.  Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Komputer Berjenama dan Komputer Klon
Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia.  Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan.  Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda
Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini.  Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.  Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.  Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet.  Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika.  Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.


BERITA-BERITA DAN ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN DENGAN PENGKLONAN
Kosmo 18 Oktober : Klon Anjing Liar


SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.

Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo. Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.

Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.

Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala. Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP


HUKUM KLON MANUSIA, HAIWAN DAN TUMBUH-TUMBUHAN
Soalan: Apakah sebenarnya klon? Apa pula hukumnya mengklonkan manusia dan binatang? Harap ustaz dapat menyelesaikan persoalan saya ini. Izzat, Dungun

Jawapan: Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.

Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-biri tumpang.

Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

Link asal : Soal Jawab Darul Nu'man


BRAZIL KLON 8 SPESIS HAIWAN
Disediakan oleh Berita Harian

Brasilia: Kumpulan konservatif di Brazil sedang berusaha untuk mengklon lapan spesies haiwan liar yang hampir pupus antaranya termasuk jaguar dan serigala merah.

Rancangan berkenaan disambut baik oleh kumpulan lain tetapi mereka menyifatkan keutamaan sepatutnya adalah untuk melindungi spesies di hutan dengan mengurangkan pemburuan dan mengekalkan habitat mereka.

Pengklonan mungkin satu penyelesaian terakhir tetapi ia membuktikan pentingnya sesetengah spesies dikekalkan.

Melakukan eksperimen sekarang dengan menggunakan spesies yang tidak akan mengancam risiko kepupusan adalah penting, kata Ian Harrison dari Unit Penilaian Biodeversiti di Conservation International di Arlington.

Kebanyakan haiwan yang menjadi sasaran tidak dilihat sebagai hampir pupus secara kritikal tetapi agensi penyelidikan pertanian Brazil, Embrapa, mahu ia dimulakan.

Hasil kerjasama dengan Brasilia Zoologikal Garden, ia mengumpulkan 420 sampel tisu, kebanyakannya daripada bangkai haiwan terbabit.

Semua lapan spesies berkenaan tinggal di habitatnya di Cerrado, sebuah hutan savana tropika. Klon mereka terus diburu menyebabkan populasinya semakin berkurangan.

Dalam tempoh sebulan, Embrapa berharap untuk memulakan pengklonan serigala yang disifatkan hampir terancam oleh International Union for Conservation of Nature and Natural Resources.

Hanya tidak lebih 13,000 masih berada di seluruh Amerika Selatan.

Selain jaguar dan serigala merah, penyelidik berharap untuk melakukan pengklonan terhadap singa hitam tamarin, anjing belukar, coatis, tenggiling berkolar, rusa kelabu dan seladang.

Tiada rancangan untuk melepaskan haiwan yang diklon itu ke hutan, kata Carlos Frederico Martins dari Embrapa. Ini kerana haiwan yang diklon biasanya adalah berbeza dari segi genetik berbanding haiwan liar biasa.

Embrapa menghasilkan klon haiwan pertama di Brazil pada 2001 iaitu sejenis lembu yang mati setahun selepas itu. Sejak itu mereka mengklon lebih 100 haiwan kebanyakannya lembu dan kuda.

Agensi

1 comment: