Sunday, 25 November 2012

Apakah Itu Dadah? Apa Itu Drug?

Apakah Itu Dadah? Apa Itu Dadah?

Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat, merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.

Apakah yang menyebabkan ramai orang menjadi penagih dadah? Dadah boleh menyebabkan ketagihan oleh sebab itu sesiapa yang mengambil dadah akan menjadi penagih dadah. Oleh itu jauhilah dadah.

‘Drug’ dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan kepada `Drug’, perkataan `Use’, `misuse’ atau `abuse’ perlu digunakan bersama-sama perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian `penyalahgunaan’ atau `salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan `dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan’ atau `penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

2 comments: