Tuesday, 27 November 2012

Bagaimana Nak Buat Blog

Bagaimana nak buat blog macam kawan-kawan saya? Senang sahaja. Jika anda mahu membuat blog, pertama anda perlu mendaftarkan akaun anda di web hosting dan memilih satu nama domain (contohnya something.com).

Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan Wordpress atau Blogger sebagai laman blog anda. Jika anda pilih Blogger, anda tak perlu risau mengenai web hosting.

Bagaimana nak membina laman blog
Anda perlu memiliki beberapa nama yang anda rasa sesuai untuk blog anda. Tak semestinya semua nama itu akan dapat anda gunakan kerana mungkin orang lain sudah terlebih dahulu menggunakan nama domain tersebut. Siapa cepat, dia dapat. Di dunia ini ada berjuta-juta pengguna internet.

Apabila anda mendaftarkan diri anda di blogger, anda perlu memiliki e-mel anda sendiri. Boleh jadi gmail.com. Jika anda sudah memiliki e-mel gmail.com maka adalah lebih mudah untuk anda membuat blog dengan menggunakan blogger.
  • Caranya sama seperti membuat e-mel. Anda boleh gunakan akaun Gmail anda untuk membuat akaun Blogger.
  • Caranya, anda masuk ke Blogger dan gunakan akaun e-mel Gmail anda sebagai nama pengguna atau username.
  • Cara mengepos artikel atau penulisan anda ke dalam Blogger juga sama seperti cara orang mengepos surat di gmail.com.
Jika anda mahu menulis e-mel, anda pilih Compose, jika anda mahu membuat pos atau tulisan baru, anda perlu pergi ke Dashboard dan pilih New Post.

Jika anda mahu menghantar e-mel, anda klik Send, jika anda mahu menerbitkan tulisan anda di blog yang telah anda buat, anda boleh klik pada butang Publish.

Ramai orang mahu membuat blog tetapi ramai yang mungkin fikir membuat blog ini sukar. Tidak, dengan mudahnya teknologi zaman sekarang, menulis blog kini semudah menghantar e-mel dan SMS.

Apabila anda sudah buat blog sendiri, apa yang perlu anda hati-hati adalah jangan menyinggung atau memburuk-burukkan orang lain. Perbuatan ini sangat tidak baik dan berbahaya untuk diri anda sendiri. Pernah dengar cerita penulis blog dipukul kerana menyiarkan benda-benda yang tidak baik tentang orang-orang tertentu di sekitar mereka? Ya. Jadi apabila sudah buat blog, janganlah buat sesuatu yang seperti itu.

Bagaimana mahu menjadi penulis blog yang disukai ramai? Samalah seperti cara anda bergaul dengan rakan-rakan di sekeliling.

No comments:

Post a Comment