Tuesday, 27 November 2012

Apakah Erti Kemerdekaan - Maksud Kemerdekaan

APAKAH ERTI KEMERDEKAAN - APA ERTI KEMERDEKAAN - APAKAH ITU KEMERDEKAAN?

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.
 
ERTI KEMERDEKAAN YANG MEMBUAT HURU HARA

Erti kemerdekaan yang telah disebutkan tadi, jika setiap individu atau kumpulan atau bangsa itu mengamalkan fahaman dan pandangan masing-masing mengikut cara masing-masing serta memperjuangkan-nya mengikut fahaman dan pandangan mereka sendiri,sudah barang tentu akan berlaku pertembungan dan pelanggaran antara satu golongan dengan golongan yang lainnya, antara individu dengan individu dan antara satu
bangsa dengan satu bangsa yang lain. Akhirnya timbullah krisis demi krisis hingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah antara mereka.

Akibatnya, lahirlah bermacam-macam bentuk jenayah dan kemungkaran di muka bumi Tuhan ini dan akhirnya manusia hidup dalam huru hara dan dalam kecelakaan.Kebimbangan dan ketakutan sentiasa menyelubungi jiwa manusia. Kalau demikianlah keadaannya, apakah ini yang dikatakan kemerdekaan?

Apakah dalam keadaan jiwa yang tertekan oleh kebimbangan dan ketakutan itu dikatakan jiwa yang merdeka? Sebenarnya, inilah yang dikatakan kemerdekaan yang bukan kemerdekaan! Kehidupan yang seumpama inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya yang berbunyi:
Maksudnya:
"Lahirlah kerosakan di daratan dan di /autan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Ailah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. " - Ar Rum 41

Inilah yang dikatakan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apakah sudah masuk neraka dan merasakan azabnya di dunia ini lagi, dikatakan yang kita ini merdeka? Atau dalam lain-lain perkataan, dapatkah kita merasakan nikmat kemerdekaan yang kita perjuangkan itu kalau pada hakikatnya kita berada dalam keazaban neraka dunia! Apakah sudah masuk neraka masih kita mengatakan yang kita ini merdeka?
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
"Bahawasanya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka mereka telah membuat kebaikan. " - Al Kahfi: 54.

Rupa-rupanya, kemerdekaan yang dicari, neraka yang ditemui. Inilah akibat mencari kemerdekaan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak berlandaskan syariat. Usaha-usaha manusia seperti ini tidak sampai kepada matlamat dan akan berakhir dengan kegagalan. Mereka yang gagal mendapat kemerdekaan yang hakiki akan mendapat seksa neraka di akhirat nanti.

Sumber: Halaqah.net


Ada Apa Dengan Kemerdekaan Malaysia?
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis, tetapi saya rasa gambar lebih baik untuk menjelaskan maksud yang ingin disampaikan. Terlebih dahulu mari kita fahamkan apakah sebenarnya maksud merdeka. Mengikut kamus dewan, ‘merdeka’ bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Apakah pula maksud bebas kepada masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini?

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, meragut, menubuhkan kumpulan haram, memukul guru, bergaduh di sekolah, menyebar gambar lucah, mat rempit, minah rempit, punk, meninggalkan solat, derhaka kepada ibubapa, membunuh, mencuri, minum arak adalah sebahagian kecil budaya bebas yang sedang menular diamalkan oleh remaja merdeka sekarang!

Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengatakan bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran (surat beranak) didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga 2008. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan (83.3) kes setiap hari. Inilah erti kebebasan yang kita sedang rayakan! Tahniah!

Namun, buat mereka yang masih ada kewarasan dan teguh keimanan di hati, tolong buktikan semua ini tidak benar dan bukan ini yang kita mahu. Semoga kita dapat melihat suatu keindahan merdeka yang berbeza suatu masa nanti.

Sumber: wanwma.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment