Sunday 25 November 2012

Apakah Itu Laman Web?

Apa Itu Laman Web? Apakah Itu Laman Web?

Jaringan Laman Web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmata yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer Protocol.

Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web.Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain.

Maksud Laman Web menurut Dictionary.com (2007)

Computers. a Web site that functions as an entry point to the Internet, as by providing useful content and linking to various sites and features on the World Wide Web.

Terjemahannya : Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri2nya dalam Internet.

Menurut Wikipedia (2007) sites on the World Wide Web that typically provide personalized capabilities to their visitors.

Terjemahannya : Laman web dalam Internet yang kebiasaanya menyediakan kemampuan tertentu/tersendiri (personalized) kepada pengunjungnya.

Yahoo.education memberikan terjemahan sebegini : A website considered as an entry point to other websites, often by being or providing access to a search engine

Terjemahannya : Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain, kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.

World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat, kita selalu berfikir tentang “net” dan “web” saling memerlukan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun web hanya sebahagian daripada internet, bahagian lain dari internet termasuklah sistem komunikasi seperti email, mesej segera dan teknologi pertukaran maklumat seperti “file transfer”, protocol (FTP) dan newsgroup. Apa yang membezakan web daripada internet yang lain ialah 1.Menggunakan protokol komunikasi biasa (seperti tcp/ip) dan bahasa khas (seperti hypertext markup language atau html) yang sesuai dengan komputer yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memaparkan informasi dalam format compatible: 2. Ia menggunakan link khas (hyperlink) yang memebolehkan pengguna untuk “jump” dari satu web ke web yang lain.

Maksud laman web :
# Satu halaman dokumen hiperteks

Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world wide web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.

Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau hompage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.

Laman Web
Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web(WWW)ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (ONLINE). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link)ke dokumen dan sumber-sumber maklunat yang terdapat diseluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library)

5 comments:

  1. Penjelasan yang sangat bagus. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Selamat Sejahtera,

    Artikel anda memang baik! Bolehkah luangkan sedikit masa untuk layari laman web kami http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ ?
    Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Operion servis untuk membina laman web E – Dagangan dan juga web informasi.

    Operion menyediakan perkhidmatan dan reka bentuk laman web,aplikasi e-dagang untuk mengukuhkan perniagaan dan strategi pemasaran internet anda.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Sangat baik dan lengkap tafsiran tentang laman web. Teruskan usaha ini

    ReplyDelete
  4. Sangat baik dan lengkap tafsiran tentang laman web. Teruskan usaha ini

    ReplyDelete