Siapakah Prometheus? Adakah dia seorang wira, seorang pengkhianat, seorang penjahat atau seorang yang sangat bererti kepada umat manusia?
Prometheus, Dewa Sahabat Manusia
Kisah dewa-dewa Yunani atau Greek memang menarik untuk didengar kerana adanya unsur-unsur keajaiban dan luar biasa. Seperti kisah Prometheus yang khabarnya adalah dewa yang memberi pengetahuan tentang kegunaan api kepada manusia. Apakah itu benar atau tidak, yang jelas kisah dewa Yunani kuno satu ini cukup menarik untuk kita ketahui.
Dalam mitologi Yunani, Prometheus adalah seorang Titan, iaitu penguasa bumi sebelum dewa-dewi Olympus muncul. Dia dikenal kerana kecerdasannya, kepakarannya serta kebaikannya terhadap manusia. Jika bagi manusia, dia bagaikan adiwira, tidak demikian bagi dewa-dewa Yunani. Dia dianggap sebagai penentang dan penipu raja para dewa, Dewa Zeus.
Prometheus adalah anak daripada Titan bernama Japetos dan Themis dari keturunan Okeanid. Kononnya, Prometheus selalu ingin membantu umat manusia. Pernah diceritakan bahawa dalam sebuah upacara persembahan, Prometheus menipu Zeus. Dia meletakkan dua persembahan di Olimpia. Pertama berupa daging kerbau yang disembunyikan di dalam perut sapi yang beraeti makanan yang tersembunyi di dalam bungkus yang menjijikkan. Kedua adalah tulang kerbau yang dibungkus dalam lemak berkilat, yang ertinya sesuatu yang tidak sepatutnya dimakan namun dibungkus dengan menggunakan sesuatu yang menggiurkan.
Zeus memilih makanan yang kedua, sehingga manusia pun berhak menyimpan daging untuk mereka makan. Sementara itu, makanan yang dipersembahkan kepada para dewa adalah tulang yang dibungkus lemak. Marah kerana berasa diri ditipu, Zeus menyembunyikan api daripada manusia. Namun, setelah meminta izin daripada Dewi Athena, Prometheus berjaya menceroboh Gunung Olimpus untuk mencuri sedikit api dan memberikannya kepada manusia.
Kerana perbuatannya itu, Prometheus dihukum oleh Zeus. Sebagai Titan yang bernyawa abadi, dia pun menerima hukuman abadi dengan dirantai ke sebuah batu dan seekor burung raksasa diperintahkan Zeus untuk selalu memakan hati Prometheus. Selama bertahun-tahun Prometheus menderita kerana hatinya tetap selalu tumbuh lagi walaupun setelah dimakan si burung. Penderitaan Prometheus berakhir ketika Hercules (manusia setengah dewa) datang membunuh burung pemakan hati Prothemeus dan membebaskan Prometheus daripada hukuman tersebut.

No comments:
Post a Comment