Friday, 30 November 2012

MARI SAMA-SAMA KITA PROMOSIKAN BLOG RAKAN-RAKAN KITA

Ini adalah perkembangan yang sangat baik apabila blog Petua Cerita Berita kini bersetuju untuk bekerjasama dengan beberapa buah blog seperti blog Pekerjaan di Malaysia untuk mewujudkan usahasama mempopularkan perkhidmatan menyebarkan informasi masing-masing secara percuma. Turut serta ialah blog Berita Johor Bahru News yang kuat memberi sokongan terhadap pembangunan negeri Johor.

Selain itu juga seorang guru tuisyen dari Tutor Tuisyen Malaysia juga telah berjaya dijemput untuk memeriahkan lagi pesta blogger-blogger baru. Perkhidmatan cari jodoh pula diperkenalkan oleh blogger yang menulis di Dating And Mate. Sementara itu, seorang peminat informasi Buy Mobile Application juga turut membantu dalam memberi sokongan meriah dalam menghidupkan blog-blog di seluruh dunia.

Kami juga berjaya menjemput blogger yang berminat dalam mencipta ensiklopedia internet sendiri iaitu Blog Apakah Itu untuk sama-sama memberi sokongan dalam aktiviti mempopularkan blog ini.

Lebih memberangsangkan apabila Blog Jom Niaga - AFFILIATE turut memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Semoga pembangunan blog-blog ini akan terus gemilang dalam usaha untuk meningkatkan lagi informasi rakyat Malaysia.

Blog Apakah Itu

Anda sekarang sedang mengunjung Blog Apakah Itu ... ? yang khusus untuk menjawab persoalan apakah itu. Selamat datang ke blog ini, dan semoga kami dapat membantu anda mencari apa yang anda mahukan di Blog Apakah Itu ... ? Jangan segan untuk bertanya.

Thursday, 29 November 2012

Apa Itu Stem Sel Epal? Apple Stem Cell

Apa Itu Apple Stem Cell? Sel Stem Epal
Di dunia ini ada sejenis epal yang sangat bagus untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan seterusnya memperbaiki sel-sel kulit yang mati dan ini akan menyebabkan kulit jadi lebih cantik dan menarik. Percaya atau tidak, terdapat sejenis epal di dunia ini yang memilik sel stem yang dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.

APA ITU STEM CELL?
Stem Cell boleh didapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan, juga dari sel organ dan sel sumsum tulang manusia. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai dan secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Stem cell juga boleh diambil dari sel haiwan seperti arnab.

Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah BUAH EPAL.

APA ITU APPLE STEM CELL?
Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama.

Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Apple stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

Apple stem cell mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan disamping menggalakkan penghasilan sel baru. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Ini kerana, menurut hasil kajian epal bukan sahaja dianggap sebagai bahan antioksida malah ia juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Buah epal juga mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Selain itu, buah epal turut memiliki khasiat tersendiri yang bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Apple stem cell sememangnya berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar disamping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

Apa Itu Tutup Bumi? Apa Itu Lengkuas? Apa Itu Halia? Apa Itu Daun Kunyit? Apa Itu Limau Purut? Apa Itu Serai Wangi?

HERBA TUTUP BUMI
Nama saintifiknya ialah Elephantopus scaber. Tumbuhan tutup bumi mudah dikenali kerana daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi di tepi. Tumbuhan tutup bumi mudah tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun di tanah terbuka. Ia bukan sahaja mudah ditemui malah tumbuhan ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri seperti merawat selesema, sakit tekak, batuk, dan anemia (wanita dan kanak-kanak). Ia juga mampu merawat haid yang tidak teratur serta sering digunakan oleh wanita selepas bersalin kerana kebaikannya yang dapat mengecutkan rahim.

LENGKUAS
Tumbuhan yang berumpun dan boleh mencapai ketinggian hingga 2.5 meter. Lengkuas boleh tumbuh di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut. Ia membiak melalui rizomnya iaitu batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.

Kegunaan Lengkuas - Lengkuas mempunyai khasiat untuk membersihkan darah, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam jamu dan ubat atau produk kosmetik untuk menguatkan tenaga. Lengkuas juga dapat digunakan untuk menghangatkan badan. Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin, mempermudahkan pengeluaran angin dalam badan, dan mengurangkan masalah senggugut.

HALIA
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Kegunaan Halia - Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

DAUN KUNYIT
Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai anti-oksidan, anti-bakteria, anti-radang dan anti-kanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka dalam badan, membersih dan menghalang pembekuan darah, melancarkan perjalanan darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selsema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan juga kudis.

LIMAU PURUT

Limau purut digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak anti-tumor atau pencegah kanser, limau purut juga berupaya merawat  luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah, selain dapat menghilangkan bau badan.

SERAI WANGI
Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengelak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.

APA ITU WANGIAN? APA ITU FRAGRANCE?

APA ITU WANGIAN? APA ITU FRAGRANCE?

Hampir setiap produk yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, penyembur rambut, dan sebagainya. Tujuan wangian hanyalah untuk menghasilkan bau wangi pada si pemakai, barangan kegunaan peribadi atau udara di sekeliling. Wangian juga menambahkan rasa "bersih" apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi. Namun, kebanyakan kita tidak menyedari yang ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan teru­tamanya bagi wanita mengandung.

Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti benzena, aldehid dan kimia toksik lain.

KELEBIHAN WANGIAN
» Memberikan keyakinan kepada si pemakai
» Terasa lebih ceria dan bersih
» Menonjolkan sifat misteri dan romantik

KELEMAHAN WANGIAN
» Memberikan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain
» Memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang)

APA ITU SODIUM LAURETH SULPHATE?

APA ITU SODIUM LAURETH SULPHATE?

Sodium Laureth Sulphate (SLES) banyak terdapat pada produk pencuci muka yang mana bahan ini memberikan kesan buih yang banyak.

KELEBIHAN SODIUM LAURETH SULPHATE
» Murah dan merupakan agen pembuih yang sangat efektif

KELEMAHAN SODIUM LAURETH SULPHATE
» Mengeringkan kulit
» Membolehkan berlakunya radang kulit terutamanya pada mereka yang berkulit sensitif

APA ITU METHYLPARABEN?

APA ITU METHYLPARABEN?

Methylparaben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam proses membuat bahan-bahan kosmetik. Ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan). Pengawet Methylparaben memang terdapat di dalam kebanyakan produk kecantikan seperti deodoran, syampu, losyen badan serta mandian. Tugas utama ia adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman.

Methylparaben telah digunakan sebagai pengawet dalam industri kosmetik yang sering terdapat dalam pelembap muka, produk anti-penuaan, pewarna rambut, produk pemutihan kulit, pembersih muka, syampu dan perapi, maskara, pembayang mata dan alas bedak.

KELEBIHAN METHYLPARABEN
» Mencegah pertumbuhan bakteria dan menghindari produk kosmetik daripada berkulat

KELEMAHAN METHYLPARABEN
» Sabun cepat terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara
» Bertindak balas dengan UV B hingga boleh mengakibatkan peningkatan kerosakan DNA dan penuaan kulit jika digunakan secara berlebihan

APA ITU GLISERIN? MAKSUD GLISERIN?

APA ITU GLISERIN?
Gliserin adalah satu bahan kimia yang paling bernilai diketahui manusia. Gliserin mempunyai 1500 kegunaan, dengan fungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses di dalam kosmetik, 'toiletries', barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan. Mempunyai sifat seperti jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

Ia juga merupakan cecair yang agak pekat yang boleh membeku jika disejukkan. Ia akan melarut di dalam air atau alkohol tetapi tidak di dalam minyak. Gliserin boleh diperoleh daripada sumber semulajadi (lemak tumbuhan dan haiwan) iaitu semasa penghasilan asid lemak, sabun dan lemak alkohol. Walaubagaimanapun ia boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia.

Gliserin digunakan sebagai emollient (agen pelembap) dalam krim pelembap tangan. Antara produk yang menggunakan gliserin sebagai bahan ramuan seperti ubat gigi, krim muka, krim pencukur, produk dandanan rambut dan sabun.

Bagi produk yang dihasilkan di Malaysia kebanyakannya menggunakan gliserin daripada kelapa sawit terutamanya untuk produk makanan dan kosmetik.

KELEBIHAN GLISERIN
» Melembutkan kulit
» Melembapkan kulit
» Selamat
» Sesuai untuk semua peringkat umur dan semua jenis kulit

KELEMAHAN GLISERIN
» Sabun cepat terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara

Apa Itu Bahan Kimia? Apa Itu Bahan Toksik?

Apa Itu Bahan Kimia? Apa Itu Bahan Toksik?

Maksud Bahan Kimia
Satu bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Oleh itu:

Satu unsur kimia adalah satu bahan yang tidak boleh dibahagi atau diubah kepada bahan-bahan yang berlainan oleh cara kimia yang biasa. Zarah unsur yang paling kecil adalah atom, yang mengandungi elektron mengelilingi nukleus iaitu proton dan neutron.

Satu sebatian kimia adalah satu bahan yang mengandungi dua atau lebih unsur kimia yang bergabung secara kimia di dalam satu nisbah yang tetap.

Satu molekul adalah zarah yang paling kecil sesuatu unsur atau sebatian yang mengekalkan ciri-ciri kimia sesuatu unsur atau sebatian.

Satu ion adalah satu atom atau kumpulan-kumpulan atom dengan sejumlah cas elektrik, dengan kehilangan (kation) atau dengan pertambahan (anion) satu elektron.

Perkataan "kimia" boleh merujuk kepada apa-apa bahan kimia, walaupun satu makna popular yang mana "satu produk daripada industri kimia".

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

MAKSUD BAHAN KIMIA TOKSIK, BIOAKUMULATIF DAN PERSISTEN


Pertama-tama saya akan menjelaskan pengertian dari apa itu toksik, bioakumulatif, dan persisten

Apa Itu Bahan Kimia Toksik?

    Bahan kimia toksik adalah bahan kimia yang dapat menyebabkan bahaya kesehatan terhadap manusia atau dapat menyebabkan kematian apabila zat tersebut masuk kedalam tubuh manusia

    Bahan kimia toksik ini dapat masuk kedalam tubuh manusia melalui pernafasan atau masuk melalui pori-pori kulit, lalu beredar keseluruh tubuh. Zat-zat yang bersifat toksik dapat langsung menggangu organ-organ tubuh tertentu seperti hati, paru-paru, dan organ-organ tubuh lainnya.

Apa Itu Bioakumulatif?


    Bahan kimia bioakumulatif adalah zat-zat berbahaya seperti bahan kimia toksik, tapi zat-zat tersebut lebih cendrung untuk menumpuk pada organ-organ tertentu pada tubuh dan menghasilkan gangguan kesehatan jangka panjang. Jadi dapat diartikan bioakumulatif adalah sifat dari suatu bahan kimia yang cendrung menumpuk didalam tubuh mahluk hidup dan tidak dapat / sukar untuk dikeluarkan. Masuknya zat-zat bioakumulatif ini biasanya melalui proses rantai makanan.

    Selain bioakumulatif kita juga sering mendengar kata biomagnifikasi, biomagnifikasi adalah masuknya suatu zat kimia yang telah berakumulasi disuatu organisme ke organisme lainnya melalui proses rantai makanan dan pada akhirnya menyebakan tingkat konsentrasi zat kimia dalam  organisme menjadi sangat tinggi melebihi bioakumulasi biasa. (toksisitas meningkat sepanjang rantai makanan).
    Seperti contoh kasus : pencemaran limbah merkuri yang dibuang kedalam dalam laut dapat masuk dan berbioakumulasi didalam tubuh ikan, lalu jika ikan tersebut dikonsumsi oleh manusia maka merkuri yang berbioakumulasi didalam tubuh ikan tersebut berpindah dan berbioakumulasi didalam tubuh manusia yang mengkonsumsi ikan tersebut. proses ini lah yang dinamakan biomagnifikasi

Apa Itu Persisten?
Persisten adalah suatu sifat dari zat kimia yang sukar untuk didegradasi. adapun ciri-ciri dari zat yang persisten yaitu :

    -Sangat sulit untuk terdegradasi melalui fotolisis, biolisis, dan secara kimia
    -Kebanyakan zat yang persisten memiliki masa molekul yang tinggi
    -Berhalogen, biasanya dengan Klor
    -Daya larut dengan air sangat rendah
    -Sangat larut dengan lemak
    -Semivolatile (Mudah menguap).

BERITA-BERITA BERKAITAN BAHAN KIMIA DAN BAHAN TOKSIK

BANYAK PAKAIAN MEWAH DIPERBUAT DARIPADA BAHAN KIMIA TOKSIK
Disediakan oleh Berita Harian

Beijing: Dua pertiga daripada pakaian mewah yang diuji dalam satu kajian oleh aktivis pencinta alam sekitar Greenpeace mengandungi bahan kimia berbahaya, kata kumpulan itu.

Kumpulan itu menggesa jenama fesyen supaya mematuhi peraturan tidak menggunakan bahan kimia beracun menjelang 2020. Ia juga meminta pembekal mendedahkan mana-mana bahan kimia toksik yang mereka buang ke persekitaran.

Greenpeace berkata, siasatannya menguji 141 pakaian daripada 20 jenama fesyen global dibeli di 29 negara dan rantau ini April tahun ini untuk bahan kimia yang mungkin membahayakan alam sekitar atau kesihatan manusia.

Pakaian itu dibuat di sekurang-kurangnya 18 negara, kebanyakannya di negara membangun. Sampel diuji termasuk jeans, seluar panjang, baju-t, gaun dan seluar dalam, katanya.

Ujian mendapati 89 pakaian mengandungi tahap boleh dikesan nonylphenol ethoxylates (NPEs), bahan kimia yang boleh mengganggu hormon.

Walaupun dengan kuantiti kecil terkumpul bahan sebatian seperti NPE dalam barangan pakaian individu, yang dibenarkan mengikut undang-undang, masih merosakkan, kata kumpulan dalam laporannya.

Pada pertunjukan fesyen di sini, seorang model berpakaian seluar cetakan harimau bintang membawa beg intravena (IV) dipenuhi cecair berwarna jingga, sementara seorang lagi memakai bengkung gading gajah dengan pendakap leher yang terkeluar dan topeng muka.

Seorang model lain memakai bedak hitam di sekeliling matanya seolah-olah seperti lebam bergaya ganas dengan tangannya diikat pada anduh.

Jenama fesyen utama menukar kita semua kepada mangsa fesyen dengan menjual pakaian yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang menyumbang kepada pencemaran air toksik di seluruh dunia, kedua-duanya apabila ia dibuat dan dibasuh, kata Li Yifang, juru kempen kanan toksik untuk Greenpeace Asia Timur, dalam satu kenyataan.

Laporan itu, bertajuk: Toxic Threads: The Big Fashion Stitch-Up, juga berkata paras tinggi toksik phthalates ditemui dalam empat produk dan amine (dari ammonia) penyebab kanser daripada penggunaan pewarna azo ditemui dalam dua produk.

Agensi


TIGA BATANG SUNGAI TERCEMAR DENGAN BAHAN TOKSIK
MARAN (3 JUN 2008): Beberapa penduduk Felda Jengka Enam di sini mendakwa tiga batang sungai di daerah sini dicemari dengan bahan toksik yang serius, sehingga mengakibatkan ikanikan di sungai berkenaan mati. 

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda itu, Saharuddin Lela berkata keadaan air di Sungai Kundang, Pejing dan Jengka itu semakin keruh dan berbau busuk. 

Beliau berkata pencemaran itu dipercayai berpunca daripada sisa buangan sebuah kilang kelapa sawit, dan menurutnya perkara itu sudah lama berlaku dan kerap dibangkitkan JKKK kepada pihak berkuasa, keadaan masih tidak berubah. 

"Pencemaran ini juga memberi risiko kesihatan kepada penduduk beberapa kampung sekitar termasuk penduduk Orang Asli yang mengunakan air sungai ini untuk kegunaan seharian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Sementara itu Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib ketika dihubungi berkata beliau meminta supaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan segera terhadap kilang iberkenaan jika terbukti ia yang mengakibatkan pencemaran tersebut. 

Katanya tindakan membuang sisa buangan ke dalam sungai tidak seharusnya dibiarkan kerana ia boleh mengancam hidupan serta mata pencarian penduduk. BERNAMA

Apakah maksud klon? Maksud Klon? Klon Itu Apa?

Apakah maksud klon? Maksud Klon? Klon Itu Apa? Apakah Pengklonan Manusia? Apakah Komputer Klon?

DEFINISI PENGKLONAN
Maksud perkataan klon adalah dalam bahasa Inggeris adalah clone iaitu proses yang salinan asal yang sama seperti hidupan yang asal.

Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuh-tumbuhan dapat bertumbuh daripada bahagian-bahagian tumbuhan terutamanya runners melalui pelbagai cara ‘cuttage’, ‘grafting’, dan mound layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada tumbuhan yang bermutu tinggi.

Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang baru kerana pengklonan organisma telah dilakukan sejak dahulu dimana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya.

Perkataan ‘CLON’ berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan ia akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu.

Klon yang dihasilkan merupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya (*bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat  genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru.

Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti dan secara banyak.

Mengikut sebuah ensikopedia yang berjudul ‘The New Book of Knowledge’ mengatakan bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran ‘Dolly’, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri-biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini.

Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukkan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu, dan dikenali sebagai vektor pengklonan.

Sifat-sifat Vektor Pengklonan :-
(a)Selapas menerima DNA asing, masih boleh meneruskan rantai hidup.
(b)Membolehkan sel bacteria @ sel yis yang mengandungi DNA asing dibezakan daripada sel-sel tanpa DNA asing.

Jenis-jenis Vektor Pengklonan :-
(a)Plasmid
(b)Bacteriophage
(c)Cosmid
(d)Kromosom yis tiruan (Yeast  Artificial Chromosomes , YACs)
(e)Kromosom bacteria tiruan (bacterial Artificial Chromosomes, BACs)

Walaupun organisma yang terhasil daripada pengklonan dikatakan serba serupa dengan induknya, tetapi apabila berlakunya mutasi gen atau pembahagian sel yang tidak sama, ini akan menyebabkan kandungan gen sel-sel anak akan berubah lalu menimbulkan perbezaan antara ciri-ciri sel anak dengan induknya.


Apa Maksud Komputer Berjenama dan Komputer Klon

Apa itu klon?
Klon (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa.  Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Komputer Berjenama dan Komputer Klon
Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia.  Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan.  Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda
Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini.  Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.  Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.  Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet.  Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika.  Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.


BERITA-BERITA DAN ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN DENGAN PENGKLONAN
Kosmo 18 Oktober : Klon Anjing Liar


SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.

Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo. Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.

Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.

Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala. Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP


HUKUM KLON MANUSIA, HAIWAN DAN TUMBUH-TUMBUHAN
Soalan: Apakah sebenarnya klon? Apa pula hukumnya mengklonkan manusia dan binatang? Harap ustaz dapat menyelesaikan persoalan saya ini. Izzat, Dungun

Jawapan: Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.

Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-biri tumpang.

Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

Link asal : Soal Jawab Darul Nu'man


BRAZIL KLON 8 SPESIS HAIWAN
Disediakan oleh Berita Harian

Brasilia: Kumpulan konservatif di Brazil sedang berusaha untuk mengklon lapan spesies haiwan liar yang hampir pupus antaranya termasuk jaguar dan serigala merah.

Rancangan berkenaan disambut baik oleh kumpulan lain tetapi mereka menyifatkan keutamaan sepatutnya adalah untuk melindungi spesies di hutan dengan mengurangkan pemburuan dan mengekalkan habitat mereka.

Pengklonan mungkin satu penyelesaian terakhir tetapi ia membuktikan pentingnya sesetengah spesies dikekalkan.

Melakukan eksperimen sekarang dengan menggunakan spesies yang tidak akan mengancam risiko kepupusan adalah penting, kata Ian Harrison dari Unit Penilaian Biodeversiti di Conservation International di Arlington.

Kebanyakan haiwan yang menjadi sasaran tidak dilihat sebagai hampir pupus secara kritikal tetapi agensi penyelidikan pertanian Brazil, Embrapa, mahu ia dimulakan.

Hasil kerjasama dengan Brasilia Zoologikal Garden, ia mengumpulkan 420 sampel tisu, kebanyakannya daripada bangkai haiwan terbabit.

Semua lapan spesies berkenaan tinggal di habitatnya di Cerrado, sebuah hutan savana tropika. Klon mereka terus diburu menyebabkan populasinya semakin berkurangan.

Dalam tempoh sebulan, Embrapa berharap untuk memulakan pengklonan serigala yang disifatkan hampir terancam oleh International Union for Conservation of Nature and Natural Resources.

Hanya tidak lebih 13,000 masih berada di seluruh Amerika Selatan.

Selain jaguar dan serigala merah, penyelidik berharap untuk melakukan pengklonan terhadap singa hitam tamarin, anjing belukar, coatis, tenggiling berkolar, rusa kelabu dan seladang.

Tiada rancangan untuk melepaskan haiwan yang diklon itu ke hutan, kata Carlos Frederico Martins dari Embrapa. Ini kerana haiwan yang diklon biasanya adalah berbeza dari segi genetik berbanding haiwan liar biasa.

Embrapa menghasilkan klon haiwan pertama di Brazil pada 2001 iaitu sejenis lembu yang mati setahun selepas itu. Sejak itu mereka mengklon lebih 100 haiwan kebanyakannya lembu dan kuda.

Agensi

Tuesday, 27 November 2012

Apa Itu Couple? Maksud Couple?

Apa itu Couple? Adakah Couple Sama Maksud Dengan Cinta?
Maksud "couple" lain , Maksud "cinta" lain

 Apakah Definisi Couple dalam Islam?
Posted in Couple Posted by Akay on Monday, October 19, 2009 at 12:32 AM
Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Couple sama dengan ( sama makna ) cinta ? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

                Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “ No cinta b4 nikah ” la , “ Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta = couple dan sewaktu dengannya.

                Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

                Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua la pendek kata.

                Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata  - saya cintakan awak.

                Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

                Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

                Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

                Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

                Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

                Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

                Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

                Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

                Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

                Hendak masuk syurga bersamanya.

                Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

                Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

                Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?

                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

                Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

                Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

                Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

                USAHA.

                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

                “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

                Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

                Kalau pendam sahaja buat apa?

                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

                Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

                Tawakkal Buta?

                Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

                Cinta sebelum kahwin ada.

                Dan.... Siapa kata couple=cinta?

                Boleh tukar definisi tu semula. ^^


Berapa Kali Nak Cakap Couple itu HARAM!!!!!

Pada zaman sekarang umat Islam terutamanya golongan remaja telah diserangi dengan satu gejala yang kurang sihat malah merupakan perkara yang di larang oleh Allah s.w.t. Serangan ini adalah merupakan agenda barat yang meinginkan kejatuhan generasi Islam yang akan datang.Gejala yang dimaksudkan ini adalah "COUPLE" atau pergaulan bebas. Di sini, penulis ingin membawa satu cerita yang di petik dari laman web iLoveIslam. Marilah sama-sama kita menghayatinya:

Firman Allah s.w.t:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Isra': ayat 32)



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .

Apa itu Aerogram? What Is Aerogram?

Apa Itu Aerogram?
Aerogram berbentuk macam sampul surat yang tak digam. Kita cuma tulis di bahagian dalamnya sahaja, selepas itu kita perlu gam di sekeliling bingkainya dan jadikan bentuk sampul. Aerogram yang dibeli di pejabat pos boleh dipos tanpa perlu menggunakan setem. Walaupun kita hantar aerogram itu keluar negara, kita masih boles dengan harga sekitar RM0.50 atau 50 sen.

Kita juga tak boleh letak apa-apa surat tambahan di dalam aeogram kerana perbuatan ini akan menyebabkan aerogram kita itu dikira sebagai surat biasa dan sudah semestinya bayaran setem dan posnya lebih mahal.

What Is Aerogram?
From Wikipedia


An Aerogram, Aérogramme or Air Letter is a thin lightweight piece of foldable and gummed paper for writing a letter for transit via airmail, in which the letter and envelope are one and the same. Most postal administrations forbid enclosures in these light letters, which are usually sent abroad at a preferential rate. Printed warnings existed to say that an enclosure would cause the mail would go at the higher letter rate.

The use of the term aerogramme was officially endorsed at the 1952 Universal Postal Union Postal Union Congress in Brussels.[1] Thereafter, the term air letter quickly faded from use.

Most aerograms have an imprinted stamp indicating the prepayment of postage. As such, this meets the definition of being postal stationery. However, some countries such as New Zealand, Zimbabwe and Ireland, sell unstamped aerograms. Unstamped aerograms are referred to as formular aerograms and can be issued by either postal authorities or by private companies. Senders are required to write their name and address on the reverse.

History
The first issued aerogramme - Iraq 1933


The aerogram was largely popularized by its use during the Second World War (1939–45). Lieutenant Colonel R. E. Evans, Royal Engineers, Assistant Director Army Postal Service Middle East Force (MEF), proposed that a lightweight self-sealing letter card that weighed only 1/10 oz be adopted by the British Army for air mail purposes. He recommended its use to Sir Anthony Eden, the Secretary of State for War during his visit to the Middle East, in late 1940. By January the following year, General Archibald Wavell, 1st Earl Wavell, the Commander-in-Chief, MEF was told by Eden that "Your Assistant Director Army Postal Services may forthwith introduce an Air Mail Letter Card Service for the Middle East. Use British stamps from all countries, including Egypt.".[2]

Evans first saw the air letter form in Iraq, whilst touring the Commands after his arrival in the Middle East theatre. It had been introduced into the Iraqi postal service in 1933 by the then Inspector General of Posts and Telegraphs, Major DW Grumbley CBE DSO Royal Engineers. The original form, on thin paper was 124mm x 99mm in size, greyish in colour, with bluelined framing and with the designation legend on the front. It had a beautifully impressed effigy of Faisal I of Iraq and was printed by Bradbury Wilkinson.[3]

On 1 March 1941, the air mail service between the Middle East and the UK was started, using a combination of Imperial Airways seaplanes and military transport. The private nature of the air letter ensured its popularity among its users and that popularity, with its lightness, brought about its continued use as today's civilian air letter (aerograms) and the British military "bluey". (see British Forces Post Office for further information).

On April 29, 1947 the US entered the scene with a 10 cent Air Letter Sheet. The same imprinted stamp with the propeller plane was used until updated with a jet airliner image in 1958. The US issued a total of 25 aerograms through 1999.[4] The production of United States aerograms has ceased.[5] Linn's Stamp News in late 2006 reported that the United States Postal Service had announced as the supply of Aerograms on hand at Post Offices were exhausted the stock would not be replenished. It quotes David Failor, Postal Service executive director of stamp services as explaining, "Demand for these has been next to nothing for the past five years.

Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ovarian Cyst

Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ocarian Cyst? Adakah Ovarian Cyst Sejenis Penyakit Berbahaya atau cuma Penyakit Biasa?
Ovarian cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:
  • Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
  • Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.
Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak mengganggu kesuburan, antaranya:
  • Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  • Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  • Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.
Bilakah pembedahan itu perlu ?
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,
  • Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
  • Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain
  • Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:
  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • Pesakit adalah gadis remaja.
  • Pesakit telah menopause.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:
  • imej CT scan abdomen, dan
  • laporan pathology tisu yang diambil, atau
  • jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  • wanita itu sudah mengalami menopause atau
  • saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.
Berdasarkan sumber dari: drzubaidi.com

Apa Itu Gamat Emas? Apakah Gamat? BEZA GAMAT DENGAN TIMUN LAUT

APA ITU GAMAT EMAS, APA ITU GAMAT? APA ITU TIMUN LAUT? BEZA GAMAT DENGAN TIMUN LAUT

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Namun begitu, terdapat lagi individu yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens Selenka melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).

Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).

Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim (kini Konsultan Gamat Emas Sdn Bhd) telah mempelopori penyelidikan Timun Laut di Malaysia bermula sejak tahun 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah dan beberapa agensi berkaitan. Rentetan daripada ini, beberapa kumpulan penyelidik dari universiti tempatan muncul dengan kajian-kajian tentang Gamat dan Timun Laut. 

Masih bertapak teguh, Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim kini adalah merupakan penyelidik utama mengenai pembiakan Timun Laut di bawah Geran TechnoFund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan beliau sedang berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang. Sebelum ini Prof. Dr. Ridzwan juga pernah mengetuai Geran IRPA RMK ke 7  mengenai Timun Laut di perairan Malaysia di bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTE).

Selain daripada itu kepakaran beliau telah digunakan untuk pembikinan dokumentari mengenai gamat dan timun laut oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta termasuk Filem Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, beberapa program RTM dan TV3. Hampir kesemua akhbar Malaysia telah memetik atau menulis mengenai kajian Prof. Dr. Ridzwan mengenai Gamat juga Timun Laut. Prof. Dr. Ridzwan kini masih aktif membimbing pelajar PhD dan Master termasuk dari luar negara. Setakat ini beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai Timun Laut dan sumber makanan laut.

Hasil penyelidikan beliau dan rakan-rakan mendapati “Gamat Emas” kaya dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar. Lebih memberangsangkan “Gamat Emas” turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan sebagainya.

“Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

Menyedari hakikat kebaikan Gamat yang terlalu luas dan universal maka kami di GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘eMas’ khusus untuk anda!

http://www.gamatemas.com.my

Apa itu Gangnam Style?

Apa itu Gangnam Style?

SEKARANG ini orang ramai asyik bercerita tentang Gangnam Style, lagu dendangan Psy, penyanyi hip hop dari Korea. Ternyata penyanyi yang nama sebenarnya, Park Jae Sang, 35, berjaya mencetus fenomena 'Gangnam Style' di seluruh dunia.

Penyanyi yang mendapat pendidikan dari Universiti Boston dan Berklee College of Music, Amerika Syarikat itu mula menghasilkan album pertama, PSY From The Psycho World pada 2001.

Dia bukanlah siapa-siapa jika dibandingkan dengan populariti Jay Park atau kumpulan idol seperti Super Junior dan Wonder Girls kerana Psy hanya popular di kalangan peminat underground.

Psy dikenali kerana sikap humor dan gemar meniru gaya penyanyi popular sewaktu persembahan dan pada 2006 namanya menjadi sebutan kerana meniru aksi penyanyi Lee Hyori.

Dia juga banyak muncul dalam pelbagai program, antaranya Good Sunday: X-Man dan The Golden Fishery.

Namun siapa sangka, lagu Gangnam Style yang dimuatkan dalam album keenamnya itu berjaya mengangkat nama Psy sebagai artis Korea pertama yang menduduki tangga tertinggi carta iTunes dan US Music Video. Selepas disiarkan di Internet ia telah ditonton oleh kira-kira 99,460,637 pengunjung.

Penyanyi naungan pengurusan YG Entertainment itu bukan sahaja berjaya memukau peminat seni dengan lagu dan tarian ala kuda itu malah dia berjaya mempromosi daerah Gangnam yang terletak di bandar Raya Seoul, Korea Selatan.

Gangnam (sebutan gang-nam) dirujuk kepada sungai-selatan dan istilah itu digunakan untuk merujuk kepada keluasan bahagian selatan Sungai Han yang terletak di Seoul, yang merangkumi daerah Gan-nam-gu, Seo-cho-gu dan Song-pa-gu.

Ketiga-tiga daerah itu umpama kawasan segi tiga emas berbanding tempat lain di Seoul kerana kehidupan di situ penuh gaya ibarat bandar Manhattan, New York atau Beverly Hills serta Orange County di California.

Secara kasar Gangnam Style atau Gaya Gangnam merujuk kepada kehidupan kelas atasan yang dipenuhi hotel mewah, pusat beli-belah yang penuh dengan barangan berjenama lagi trendy dan penduduk yang gemarkan sosial.

Semua itu dapat dilihat pada setiap bait lirik Gangnam Style.

Gangnam Style cetus fenomena

SELEPAS dua tahun mendiamkan diri dari dunia seni, Psy kembali dengan muzik video menerusi single berunsur satira Gangnam Style yang disiarkan di YouTube bermula 16 Julai lalu.

Muzik video yang dikenali sebagai tarian kuda dan popular dengan korus ‘Heyyyy, sexy lady!’ mampu menggubah nasib Psy dalam tempoh sesingkat itu.

Keunikan tarian yang ditampilkan oleh Psy itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat seperti Gawker (30 Julai), CNN International (2 Ogos), Wall Street Journal (8 Ogos) ABC News (14 Ogos), Time (15 Ogos) dan The Atlantic (23 Ogos).

Malah selebriti popular turut bercakap tentang Gangnam Style dalam Twitter masing-masing seperti Katy Perry, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban dan Britney Spears yang ingin belajar tarian gaya Psy.

Pada 4 September lalu, jurucakap Psy memberitahu, penyanyi itu telah menandatangani kontrak dengan Island Records, sebuah syarikat rakaman di Amerika Syarikat yang mengurusnya di peringkat antarabangsa.

Island Records milik Universal Music Group itu mewakili artis terkenal seperti Mariah Carey, Melissa Ethridge, Jennifer Lopez, Justin Bieber, The Killers, Snow Patrol, dan Fall Out Boy.

Sumber: Utusan

Bagaimana acuan begitulah kuihnya - Apa Maksud Peribahasa Ini?

Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya - Apa Maksud Peribahasa Ini?
Apakah itu acuan? Acuan biasanya sesuau yang diperbuat daripada besi tembaga atau loyang atau mungkin juga kayu atau boleh jadi juga tanah liat atau tembikar yang digunakan untuk membentuk adunan sesuatu kuih. Ada juga acuan khusus untuk membentuk besi-besi cair atau logam cair menjadi senjata-senjata tertentu seperti pisau, pedang, kapak dan sebagainya. Apabila adunan tepung cair atau logam dimasukkan ke dalam acuan, maka cairan ini akan menurut bentuk acuan tersebut.

Peribahasa : Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
MAKSUD :
1. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya
2. keadaan sesuatu itu menurut asalnya

SITUASI :
Kita selalu mendengar kata-kata begini; perangai atau wajahnya tak ubah seperti bapanya atau ibunya. Kata-kata tersebut menggambarkan persamaan antara anak dengan orang tuanya, tidak kira yang berunsur negatif, mahupun positif. Alimnya seseorang anak disamakan dengan warak ibu bapanya, pintarnya seseorang anak disamakan dengan bestari ayah emaknya, nakal seseorang anak disamakan dengan jahat orang tuanya, penjarahnya seseorang anak disamakan dengan sifat perampas emak bapaknya.

Kata peribahasa Melayu yang lain yang membawa maksud yang sama ialah :
- bapa borek anaknya rintik;
- bagaimana contoh begitulah gubahannya;
- bagaimana rupa begitulah bayangnya;
- sebab buah kenalan pohonnya.

PANTUN :
Hati tercuit dek lucuan,
Gelak-gelak dek gurauan;
Bentuk kuih ikut acuan,
Sifat anak ikut haluan.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Maksud: Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA
Maksud: hasil sesuatu adalah menurut asalnya ; anak mengikut baka bapanya

Bagaimana Nak Buat Blog

Bagaimana nak buat blog macam kawan-kawan saya? Senang sahaja. Jika anda mahu membuat blog, pertama anda perlu mendaftarkan akaun anda di web hosting dan memilih satu nama domain (contohnya something.com).

Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan Wordpress atau Blogger sebagai laman blog anda. Jika anda pilih Blogger, anda tak perlu risau mengenai web hosting.

Bagaimana nak membina laman blog
Anda perlu memiliki beberapa nama yang anda rasa sesuai untuk blog anda. Tak semestinya semua nama itu akan dapat anda gunakan kerana mungkin orang lain sudah terlebih dahulu menggunakan nama domain tersebut. Siapa cepat, dia dapat. Di dunia ini ada berjuta-juta pengguna internet.

Apabila anda mendaftarkan diri anda di blogger, anda perlu memiliki e-mel anda sendiri. Boleh jadi gmail.com. Jika anda sudah memiliki e-mel gmail.com maka adalah lebih mudah untuk anda membuat blog dengan menggunakan blogger.
  • Caranya sama seperti membuat e-mel. Anda boleh gunakan akaun Gmail anda untuk membuat akaun Blogger.
  • Caranya, anda masuk ke Blogger dan gunakan akaun e-mel Gmail anda sebagai nama pengguna atau username.
  • Cara mengepos artikel atau penulisan anda ke dalam Blogger juga sama seperti cara orang mengepos surat di gmail.com.
Jika anda mahu menulis e-mel, anda pilih Compose, jika anda mahu membuat pos atau tulisan baru, anda perlu pergi ke Dashboard dan pilih New Post.

Jika anda mahu menghantar e-mel, anda klik Send, jika anda mahu menerbitkan tulisan anda di blog yang telah anda buat, anda boleh klik pada butang Publish.

Ramai orang mahu membuat blog tetapi ramai yang mungkin fikir membuat blog ini sukar. Tidak, dengan mudahnya teknologi zaman sekarang, menulis blog kini semudah menghantar e-mel dan SMS.

Apabila anda sudah buat blog sendiri, apa yang perlu anda hati-hati adalah jangan menyinggung atau memburuk-burukkan orang lain. Perbuatan ini sangat tidak baik dan berbahaya untuk diri anda sendiri. Pernah dengar cerita penulis blog dipukul kerana menyiarkan benda-benda yang tidak baik tentang orang-orang tertentu di sekitar mereka? Ya. Jadi apabila sudah buat blog, janganlah buat sesuatu yang seperti itu.

Bagaimana mahu menjadi penulis blog yang disukai ramai? Samalah seperti cara anda bergaul dengan rakan-rakan di sekeliling.

Apakah Maksud Iftar Ramadhan,Moreh,Param,Tamar,Yang Yok

Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan

Iftar
Iftar Ramadhan bermaksud makan untuk berbuka puasa, iaitu apabila terbenamnya matahari pada bulan Ramadhan. Orang Melayu panggil berbuka puasa. Iftar Ramadhan pun sama juga dengan berbuka puasa.

Tamar
Tamar bermaksud buah kurma. Tamar juga nama seorang penulis novel seram terkenal iaitu Tamar Jalis. Kurma Jalis kurang sedap didengar. Tamar Jalis kelihatan lebih kacak.

PaRam

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

Yang Yok
"Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Maksudnya puasa olok-olok. Punca utama adalah disebabkan lupa bersahur.

Moreh

Moreh adalah jamuan makan yang biasanya diadakan selepas solat terawih berjemaah pada bulan Ramadhan. Makanannya pun biasanya sedap-sedap.

Apakah Erti Kemerdekaan - Maksud Kemerdekaan

APAKAH ERTI KEMERDEKAAN - APA ERTI KEMERDEKAAN - APAKAH ITU KEMERDEKAAN?

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.
 
ERTI KEMERDEKAAN YANG MEMBUAT HURU HARA

Erti kemerdekaan yang telah disebutkan tadi, jika setiap individu atau kumpulan atau bangsa itu mengamalkan fahaman dan pandangan masing-masing mengikut cara masing-masing serta memperjuangkan-nya mengikut fahaman dan pandangan mereka sendiri,sudah barang tentu akan berlaku pertembungan dan pelanggaran antara satu golongan dengan golongan yang lainnya, antara individu dengan individu dan antara satu
bangsa dengan satu bangsa yang lain. Akhirnya timbullah krisis demi krisis hingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah antara mereka.

Akibatnya, lahirlah bermacam-macam bentuk jenayah dan kemungkaran di muka bumi Tuhan ini dan akhirnya manusia hidup dalam huru hara dan dalam kecelakaan.Kebimbangan dan ketakutan sentiasa menyelubungi jiwa manusia. Kalau demikianlah keadaannya, apakah ini yang dikatakan kemerdekaan?

Apakah dalam keadaan jiwa yang tertekan oleh kebimbangan dan ketakutan itu dikatakan jiwa yang merdeka? Sebenarnya, inilah yang dikatakan kemerdekaan yang bukan kemerdekaan! Kehidupan yang seumpama inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya yang berbunyi:
Maksudnya:
"Lahirlah kerosakan di daratan dan di /autan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Ailah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. " - Ar Rum 41

Inilah yang dikatakan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apakah sudah masuk neraka dan merasakan azabnya di dunia ini lagi, dikatakan yang kita ini merdeka? Atau dalam lain-lain perkataan, dapatkah kita merasakan nikmat kemerdekaan yang kita perjuangkan itu kalau pada hakikatnya kita berada dalam keazaban neraka dunia! Apakah sudah masuk neraka masih kita mengatakan yang kita ini merdeka?
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
"Bahawasanya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka mereka telah membuat kebaikan. " - Al Kahfi: 54.

Rupa-rupanya, kemerdekaan yang dicari, neraka yang ditemui. Inilah akibat mencari kemerdekaan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak berlandaskan syariat. Usaha-usaha manusia seperti ini tidak sampai kepada matlamat dan akan berakhir dengan kegagalan. Mereka yang gagal mendapat kemerdekaan yang hakiki akan mendapat seksa neraka di akhirat nanti.

Sumber: Halaqah.net


Ada Apa Dengan Kemerdekaan Malaysia?
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis, tetapi saya rasa gambar lebih baik untuk menjelaskan maksud yang ingin disampaikan. Terlebih dahulu mari kita fahamkan apakah sebenarnya maksud merdeka. Mengikut kamus dewan, ‘merdeka’ bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Apakah pula maksud bebas kepada masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini?

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, meragut, menubuhkan kumpulan haram, memukul guru, bergaduh di sekolah, menyebar gambar lucah, mat rempit, minah rempit, punk, meninggalkan solat, derhaka kepada ibubapa, membunuh, mencuri, minum arak adalah sebahagian kecil budaya bebas yang sedang menular diamalkan oleh remaja merdeka sekarang!

Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengatakan bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran (surat beranak) didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga 2008. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan (83.3) kes setiap hari. Inilah erti kebebasan yang kita sedang rayakan! Tahniah!

Namun, buat mereka yang masih ada kewarasan dan teguh keimanan di hati, tolong buktikan semua ini tidak benar dan bukan ini yang kita mahu. Semoga kita dapat melihat suatu keindahan merdeka yang berbeza suatu masa nanti.

Sumber: wanwma.com